fbpx
Now Reading
Celak Tercucuk Mata Semasa Bersolek!

Celak Tercucuk Mata Semasa Bersolek!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nasib malang menimpa seorang wanita di baru-baru ini.

Perkhidmatan kecemasan di Bangkok, Thailand, dipanggil untuk ke lokasi kemalangan kecil di daerah Ratchathewi.

Sebuah teksi telah melanggar belakang sebuah trak yang sedang bergerak perlahan, dengan penumpang di belakang mengalami kecederaan di mata kirinya.

Penyelamat melaporkan bahawa wanita itu sedang bersolek menggunakan ‘eyeliner’ (pembayang mata) apabila kemalangan itu berlaku, jadi pensil yang digunakan tercucuk dalam kelopak matanya.

“Matanya tidak luka tetapi ada darah dapat dilihat, tak banyak, keluar dari hidungnya, kerana kedua-dua organ itu begitu dekat,” sukarelawan penyelamat Thanabodee Sabbodi memberitahu Amarin TV.

“Dia masih sedar apabila kami tiba dan boleh bercakap.”

Bagaimanapun, wanita itu mengalami kesakitan yang teruk dan penyelamat tidak mempunyai kepakaran perubatan untuk merawat luka tersebut, jadi dia terpaksa dibawa ke Hospital Rajavithi yang berdekatan.

Doktor di sana segera melakukan pembedahan dan berjaya mengeluarkan pensil tersebut.

Dalam keadaan seperti ini, wanita itu boleh menganggap dirinya bertuah.

Walaupun separuh daripada bahagian pensil itu menusuk ke dalam matanya, ia hanya terkena sclera, bahagian putih mata, jadi ia tidak menyebabkan penglihatannya mengalami kerosakan kekal.

Coconuts Bangkok melaporkan bahawa, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu kini mampu membuka mata kirinya dan dijangka pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.

Sumber : Mstar 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.