fbpx
Now Reading
Tun Mahathir mohon maaf

Tun Mahathir mohon maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan pengunjung yang mengunjungi majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri untuk bersalaman dengannya.

Berucap pada majlis berkenaan, kehadiran terlalu ramai pengunjung adalah di luar jangkaannya dan beliau meminta maaf kerana tidak mampu untuk terus bersalaman dan menyambut kehadiran pengunjung.

“Terlalu ramai yang hadir, tetamu yang hadir bukan sahaja mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, tetapi juga bangsa lain. Ini menggambarkan wajah sebenar Malaysia.

“Ini adalah kebaikan daripada acara rumah terbuka yang diadakan setiap kali setiap kali tibanya hari perayaan di Malaysia, semangat inilah yang dinamakan sebagai perpaduan dan mencerminkan masa depan yang gemilang buat negara,” katanya sambil disambut tepukan dan sorakan pengunjung.

Tun Mahathir juga mengungkapkan rasa terharu apabila kebanyakan rakyat yang ditemui mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sanggup memikul tanggungjawab sebagai perdana menteri dan berpendapat kejayaan Pakatan Harapan pada pilihanraya umum baru-baru ini adalah hasil sokongan kuat daripada seluruh warga Malaysia.

Tetamu mula berkumpul seawal 8.30 pagi di pintu masuk Seri Perdana untuk menghadiri majlis yang dijadual berlangsung dari 10 pagi hingga 4.30 petang itu.

Setakat pukul 11 pagi, lebih 10,000 pengunjung telah hadir dan dijangka 70,000 orang akan menghadiri rumah terbuka itu. Ia melebihi jangkaan awal iaitu seramai 50,000 akan hadir ke majlis tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.