Disangka Pistol Mainan, Remaja Tertembak Ibu Sendiri

Seorang isteri anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, cedera bahu kanan selepas anaknya tertembak menggunakan pistol suaminya, pagi Sabtu.

Mangsa, Noor Aidah Mat Yusoff @Ahmad, 48, dikejarkan ke Hospital Gua Musang, selepas mengadu sakit apabila peluru terkena bahunya dari arah belakang.

Suaminya, Sarjan Zulkifli Ayub berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi, dia berada di rumah di Kuarters IPD, selepas pulang bekerja.

“Saya pulang kerja pada pagi tadi dan mendapati anak serta isteri tidur di dalam bilik. Saya tidak mahu mengejutkan mereka tidur dan saya tidur di ruang tamu.

“Pistol pula saya letak di atas almari di ruang dapur. Tidak sangka pula anak saya mengambilnya kerana saya sudah letak di tempat tinggi.

“Bagaimanapun, isteri saya stabil dan kini berada di Hospital Kuala Krai, untuk rawatan susulan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Taufik Maidin memberitahu, suspek yang berusia 25 tahun menyangka pistol yang dijumpai itu sebagai pistol mainan untuk menembak cicak.

Katanya, secara tidak sengaja, suspek menarik picu dan peluru terkena bahu ibunya yang turut berada di ruang dapur.

“Mangsa dipercayai patah tulang bahu akibat kesan peluru berkenaan. Namun, keadaan mangsa tidak membimbangkan.

“Kita juga turut mengambil keterangan daripada suspek berhubung kejadian itu. Kes disiasat dibawah Seksyen 37 Akta Senjata Api,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

12 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

20 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 days ago