fbpx
Now Reading
Khairy dijangka bertanding jawatan presiden Umno, kata laporan

Khairy dijangka bertanding jawatan presiden Umno, kata laporan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

KETUA Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dijangka menyertai pertandingan bagi jawatan tertinggi Umno, lapor akhbar berbahasa Inggeris.

Memetik sumber, The Star Online berkata bekas menteri belia dan sukan itu akan mengemukakan permohonannya untuk bertanding jawatan presiden parti di ibu pejabat Umno.

Ahli politik berusia 42 tahun itu sebelum ini mengumumkan akan bertanding untuk salah satu daripada tiga jawatan naib presiden.

Laporan itu tidak menjelaskan sama ada Khairy akan menggugurkan niatnya untuk bertanding jawatan naib presiden.

Hari ini adalah hari terakhir bagi para calon untuk mengemukakan permohonan mereka bagi pemilihan parti yang dijangka menjadi paling sengit dalam tempoh 30 tahun.

Pemilihan pada 30 Jun dilihat sebagai langkah pertama yang penting dalam usaha Umno untuk membina semula parti selepas kehilangan kuasa persekutuan buat pertama kalinya dalam sejarah negara.

Jawatan presiden setakat ini adalah pertarungan di antara tiga calon iaitu Timbalan Presiden Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan penulis blog Rahmat Azim Abdul Aziz.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.