fbpx
Now Reading
Tapak Sulaiman dan Sotong Kurita Terbang di Qingdoa, China!

Tapak Sulaiman dan Sotong Kurita Terbang di Qingdoa, China!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sukar dipercayai, tetapi itulah yang berlaku apabila sotong kurita dan tapak sulaiman berterbangan di udara selepas ‘disedut’ oleh ribut yang kuat.

Angin tornado mengganas di bandar pesisir pantai, Qingdao, China sehingga menyebabkan hidupan marin berputar-putar di dalam puting beliung.

Beberapa gambar yang dikongsikan di laman sosial menunjukkan haiwan laut tersebut terpelanting ke atas cermin kenderaan orang awam.

Menurut Pentadbiran Meteorologi Qingdao, keadaan cuaca buruk itu dirakam pada lewat tengahari Selasa lalu.

Kelajuan angin direkodkan pada 34.8 batu sesaat. – NY Post

Sumber : Mstar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.