fbpx
Now Reading
Najib Jawab Isu Beg Tangan Mewah dan Wang Tunai RM144 Juta

Najib Jawab Isu Beg Tangan Mewah dan Wang Tunai RM144 Juta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Datuk Seri Najib Razak berkata, penyitaan beg tangan dan barangan mewah lain dari kediaman dikaitkan dengannya menimbulkan persepsi negatif sedangkan kebanyakannya adalah hadiah diberikan kepada isteri dan anak perempuannya dan tiada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Perdana Menteri berkata, menantunya Daniyar Nazarbayev, anak saudara Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev, memberi banyak hadiah kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

“Orang mungkin sukar untuk memahami, tetapi menantu saya misalnya, dia mendapat Birkin daripada sumbernya, lima atau enam pada satu masa.

“Keluarganya mempunyai beberapa cara (mendapatkannya), jadi tidak ada kaitan dengan 1MDB jika ia berasal dari Kazakhstan,” katanya.

 Penyiasat 1MDB percaya Najib dan Rosmah mengumpul banyak kekayaan menggunakan dana kerajaan.

Hampir 300 kotak beg berjenama dan berpuluh-puluh beg dipenuhi wang tunai dan barang kemas adalah antara barangan dirampas polis dalam serbuan itu.

Barang itu termasuk beg tangan Birkin daripada pembuat barang mewah Hermes, masing-masing bernilai sehingga ratusan ribu dolar.

Najib berkata, wang RM114 juta yang ditemui di rumah keluarganya di Kuala Lumpur adalah dana kepunyaan UMNO apabila beliau ketika ini selaku presiden sebelum meletak jawatan tidak lama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Mengenai berlian merah jambu, pendakwa Amerika Syarikat (AS) mendakwa lebih daripada AS$4.5 bilion dana 1MDB dibersihkan melalui urus niaga kompleks.

Jabatan Kehakiman AS (DoJ) telah memulakan beberapa tindakan undang-undang untuk menuntut kira-kira AS$1.7 bilion aset yang didakwa dicuri daripada 1MDB.

Beberapa aset dicari termasuk lukisan Picasso, hartanah mewah di California Selatan dan New York, saham dalam syarikat produksi Hollywood dan kapal layar bernilai AS$265 juta serta barang kemas bernilai lebih daripada AS$200 juta – termasuk loket berlian merah jambu 22 karat.

Najib berkata, set barang kemas bertujuan untuk menjadi hadiah isterinya tetapi dia tidak pernah menerimanya.

Sumber : Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.