Now Reading
Apa Jadi Pada Messi?

Apa Jadi Pada Messi?

Lionel Messi mungkin sekali lagi akan ‘menggantung but’ selepas kekalahan memalukan Argentina di tangan Croatia, kata bekas rakan sepasukannya, Pablo Zabaleta.

Perjuangan Argentina di Piala Dunia kini seakan-akan ‘berada di hujung tanduk’ susulan kekalahan 0-3 kepada Croatia, yang menyaksikan anak buah Jorge Sampaoli gagal memperagakan persembahan meyakinkan dan beraksi hambar.

Selepas terikat dengan Iceland pada aksi pembukaan, mereka perlu menewaskan Nigeria pada aksi terakhir Kumpulan D untuk menghidupkan peluang mara ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Zabaleta nyata terkejut dengan persembahan pasukannya ketika bertemu Croatia itu dan berpendapat Messi kini sudah terlepas peluang untuk merangkul Piala Dunia pada edisi kali ini.

Messi pernah mengumumkan bersara dua tahun lalu, namun membuat ‘pusingan U’ apabila kembali beraksi dengan bintang Barcelona berusia 31 tahun itu mengesahkan akan membuat keputusan masa depannya bersama skuad kebangsaan selepas Piala Dunia ini.

“Saya begitu kasihan dengan Lionel Messi. Ini adalah peluang terakhirnya untuk memenangi sesuatu bersama Argentina.

“Jadi, saya tidak akan terkejut jika Messi akan bersara daripada penampilan antarabangsa selepas ini.

“Dia sungguh kecewa dan kini perlu menunggu empat tahun lagi untuk aksi Piala Dunia di Qatar.” – Agensi

Sumber : BH Online

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.