fbpx
Now Reading
Jumlah hasil rampasan dianggar cecah RM1.1 bilion

Jumlah hasil rampasan dianggar cecah RM1.1 bilion

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

POLIS mendedahkan, jumlah hasil rampasan dari premis berkaitan Najib Razak pada bulan lalu adalah antara RM900 juta sehingga RM1.1 bilion.

Ia termasuk 12,000 unit barang kemas yang dinilaikan pada kos RM440 juta, kata Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Amar Singh Ishar Singh.

Jumlah sebenar barang kemas terbabit bagaimanapun mungkin mencecah sehingga RM660 juta atau RM880 juta kerana anggaran kos itu tidak melibatkan kos pembuatan dan rekaan, katanya.

Selain itu, beg tangan mewah berjumlah 567 unit dianggarkan bernilai RM441 juta, dan sebanyak 423 utas jam tangan pula bernilai RM78 juta, kata Amar Singh.

Jumlah wang tunai yang dirampas pula berjumlah RM116.7 juta, tambahnya dalam sidang media hari ini.

“Ini adalah hasil rampasan paling besar dalam sejarah,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.