fbpx
Now Reading
Lebih 400 Ribu Peminjam PTPTN Bebas Ke Luar Negara

Lebih 400 Ribu Peminjam PTPTN Bebas Ke Luar Negara

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lebih daripada 400,000 peminjam pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditarik daripada senarai hitam perjalanan Jabatan Imigresen.

Pengerusi PTPTN yang baharu dilantik Wan Saiful Wan Jan berkata keseluruhan “senarai putih” berjumlah 429,945 peminjam diselesaikan pada 8 Jun, seminggu lebih awal daripada yang dijadualkan.

“Ini juga memenuhi manifesto 100 hari Kerajaan bagi rakyat Malaysia,” katanya di pejabat PTPTN pada Selasa.

Walaupun nama mereka telah dikeluarkan dari senarai hitam imigresen, Wan Saiful menasihati peminjam agar terus membayar pinjaman pendidikan mereka.

Sumber : Mstar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.