fbpx
Now Reading
Giliran Zahid Hamidi Pula ke SPRM

Giliran Zahid Hamidi Pula ke SPRM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk beri keterangan.

Presiden Umno yang baru dilantik itu tiba pada pukul 9.52 pagi dengan menaiki kenderaan SUV hitam dan mengenakan baju batik jingga.

Beliau melemparkan senyuman dan melambai kepada wartan ketika berjalan memasuki bangunan tersebut.

Dilaporkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dalam kenyataannya pada Ahad berkata, bekas timbalan perdana menteri itu diminta untuk membantu siasatan berkaitan dua kes.

Ahmad Zahid berkata beliau akan ke Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan ke atas yayasan yang berkait dengan keluarganya dan didakwa menggunakan RM800,000 daripada dana itu untuk membayar hutang kad kredit beliau dan isterinya.

Beliau merupakan pengerusi yayasan tersebut dan rekod menunjukkan yayasan yang didaftarkan pada 1997 itu ditubuhkan bagi menerima dan menguruskan dana untuk membasmi kemiskinan.

SPRM dijangka akan mengambil keterangan Ahmad Zahid mengenai mesyuarat antara beliau dan kerabat diraja Arab Saudi yang didakwa memberikan derma kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada 22 Ogos 2015, Ahmad Zahid ketika bercakap pada pembukaan bahagian Umno Sri Gading berkata, beliau bertemu dengan keluarga Arab yang menderma sebanyak AS$70juta (RM372 juta) yang disalurkan kepada akaun peribadi bekas perdana menteri.

Ahmad Zahid turut berkata, Umno akan membiarkan SPRM menjalankan siasatan ke atas dana yang diterima parti itu daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber : Mstar 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.