Racun Ahli Keluarga Kerana Dihina Tak Pandai Masak

Seorang wanita di India dihukum mati atas pertuduhan membunuh lima ahli keluarganya dalam sebuah majlis ‘housewarming’ pada Isnin lalu.

Dalam kejadian di daerah Raigad, tertuduh didakwa mencampurkan sejenis racun untuk membunuh ular ke dalam kuah dal yang dihidangkan kepada tetamu.

Menurut pihak polis, tertuduh, Pradnya Survase, 23 tahun, sering dihina oleh keluarganya kerana warna kulitnya dan tidak pandai memasak.

Sehubungan itu, polis juga berkata, Survase mempunyai niat untuk membunuh suaminya, ibu mertua serta dua kakak ipar dan seorang birasnya yang sering melontarkan kata-kata hinaan hampir setiap hari.

“Sejak perkahwinannya dua tahun lalu, dia telah dihina hampir setiap hari kerana berkulit gelap dan tidak dapat memasak dengan baik.

“Survase yang pernah gagal dalam perkahwinan pertamanya mempercayai saudara mara beliau juga telah merosakkan hubungannya dengan suami,” kata jurucakap polis kepada Hindustan Times.

Dianggarkan 120 orang tetamu hadir ke majlis berkenaan yang bermula pada pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam, lapor media tempatan.

Bagaimanapun, tetamu lain yang menikmati makanan pada majlis itu mula berasa mual, muntah dan sakit perut hanya beberapa jam kemudian dan sedang dirawat di hospital.

Ujian forensik mendedahkan racun tersebut wujud di dalam kuah dal berkenaan dan racun itu dijumpai berhampiran rumah mangsa.

Survase didakwa atas tuduhan membunuh dan konspirasi cubaan membunuh di bawah Kanun Keseksaan India.

Sumber : Awani

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

6 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

7 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

7 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

7 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

9 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

9 hours ago