Now Reading
Tindakan Timbalan Perdana Menteri Jimatkan RM170,000 Wang Rakyat

Tindakan Timbalan Perdana Menteri Jimatkan RM170,000 Wang Rakyat

Ia kedengaran agak pelik apabila pegawai kerajaan berjawatan Timbalan Perdana Menteri pergi melakukan tugasan rasmi di luar negara tapi hanya menaiki pesawat komersial dan memilih hotel biasa.

Tindakan itu memang dilakukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika melakukan lawatan kerja ke Mongolia untuk menghadiri Persidangan Peringkat Menteri Asia Bagi Pengurangan Risiko Bencana (AMCDRR) semalam.

Menerusi status beliau di Twitternya, beliau turut memaklumkan tindakannya untuk menjimatkan wang rakyat dengan memilih pesawat komersial dan menginap di bilik hotel jenis biasa.

Langkah berjimat yang diamalkan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bukan saja menarik perhatian netizen tapi lebih menarik, penjimatan tersebut berjaya menjimatkan wang rakyat sebanyak RM170,000.

Keprihatinan beliau bersama kerajaan Pakatan Harapan dalam memerintah negara termasuk melakukan penjimatan daripada pihak menteri sendiri nyata mendapat perhatian dan pujian rakyat.

Malah, sikap beliau memilih pesawat komersial untuk tugas rasmi kerajaan bukan amalan yang lazimnya dilakukan pegawai tinggi kerajaan apatah lagi untuk tugasan rasmi ke luar negara.

Sumber : Gempak.com, Twitter @drwanazizah

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.