fbpx
Now Reading
Budak 11 Tahun dan Pasangan 41 Tahun Dapat Sijil Nikah

Budak 11 Tahun dan Pasangan 41 Tahun Dapat Sijil Nikah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Budak 11 tahun dan suaminya, berusia 41 tahun, sudah mendapat sijil perkahwinan daripada Majlis Agama Islam Narathiwat, baru-baru ini.

Kadi yang bertanggungjawab menikahkan mereka mengesahkan perkara itu.

“Saya sudah jelaskan kepada lelaki terbabit, dia perlu mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia nanti,” katanya.

Sebelum itu, Kementerian Dalam Negeri Thailand memanggil Majlis Agama Islam Narathiwat yang membenarkan pernikahan pasangan itu.

Menurut sumber, beberapa pegawai daripada majlis itu dipanggil ke pejabat kementerian itu pada minggu lalu bagi mendapat penjelasan mengenai isu membabitkan warga negara mereka dengan rakyat Malaysia.

“Difahamkan kementerian berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan pegawai Majlis Agama Islam Narathiwat itu.

“Kementerian membuat keputusan untuk memanggil Majlis Agama Islam Narathiwat apabila isu ini hangat dibicarakan di dalam media sosial,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.

Kes perkahwinan itu menjadi isu apabila lelaki Malaysia berusia 41 tahun yang juga seorang peraih getah berkahwin dengan rakyat Thailand berusia 11 tahun.

Pasangan itu berkahwin di masjid dekat Sungai Golok pada 18 Jun lalu.

Berikut kes itu, Jawatankuasa Mengenai Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru pihak berkuasa Thailand mengambil tindakan terhadap lelaki itu.

Bekas anggota jawatankuasa itu Sanphasit Koompraphant, juga meminta Malaysia menyerahkan lelaki Malaysia itu kepada pihak berkuasa Thailand kerana individu itu melakukan kesalahan jenayah jika melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak di bawah usia 13 hingga 15 tahun.

Usaha untuk mendapat komen dari peraih getah itu gagal. Difahamkan beliau enggan ditemuramah kerana ‘dihalang’ oleh pihak tertentu.

Sumber : Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.