fbpx
Now Reading
Jamal Didenda RM400 Pecahkan Botol Arak

Jamal Didenda RM400 Pecahkan Botol Arak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini tahun lalu.

Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Jamal, 48, selepas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu mengaku melakukan kesalahan berkenaan.

Mahkamah turut memerintahkan Jamal dipenjara satu bulan sekiranya gagal membayar denda.

Jamal didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan pintu pagar utama Bangunan SSAAS kira-kira pukul 10.15 pagi pada 5 Oktober 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Amirah Haziqah Zulkifli mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM400.

Jamal diwakili peguam Datuk Mohd. Imran Tamrin

Sumber : Utusan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.