Bapa ‘Ratah’, Rakam dan Jual Video Anak Sendiri Yang Berumur Lapan Bulan

Seorang bapa di Ukraine tergamak merakamkan perbuatan merogol bayi perempuannya berumur lapan bulan dan menjual ‘bahan pornografi’ itu kepada sebuah laman web lucah di Australia.

Lelaki berusia 27 tahun dari wilayah Zhytomyr itu ditahan dalam satu serbuan dilakukan pada awal pagi di kediamannya selepas mendapat maklumat daripada pihak berkuasa di Canberra.

Semalam, dia dihukum penjara dua bulan sementara menunggu prosiding jenayah bermula yang mana lelaki tersebut didakwa mengedarkan bahan pornografi dan merogol budak.

Lelaki tersebut pada mulanya menyangka identitinya tidak akan terbongkar kerana dia menjual imej anaknya yang masih bayi.

Siasatan awal polis mendapati suspek memperkosa mangsa ketika mengambil gambar menggunakan telefon pintar miliknya.

“Dia melakukan perbuatan tidak senonoh itu ketika isterinya tiada di rumah atau berkebun. Wanita tersebut hanya mengetahui tentang perkara itu selepas dimaklumkan oleh polis. Dia menjadi saksi paling penting kes ini,” kata timbalan ketua jabatan unit polis siber Ukraine, Vitaly Chubaevsky.

Difahamkan, lelaki tersebut adalah bekas askar dan tidak dapat bekerja akibat kecederaan yang dialaminya di timur Ukraine pada 2014.

“Telefon bimbit lelaki itu penuh dengan bahan bukti. Dia menyembunyikannya di dalam bilik mangsa, namun kami berjaya menjumpainya. Kami turut merampas komputer milik suspek,” ujarnya lagi.

Jika disabit bersalah merogol bayi perempuannya, lelaki itu bakal dihukum penjara 15 tahun. – Daily Mail

Recent Posts

  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

22 mins ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

33 mins ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

1 hour ago
  • Trending

Asrama Bersih & Cantik, Ramai Teruja Lihat Warga Emas Dalami Ilmu Agama Di Sekolah Pondok [Video]

Asrama tersebut dipercayai milik Pondok Pengajian Yayasan Al Muhammadiah yang terletak di Kampung Kuantan, Kuala…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Suspek Pertama Simbah Asid Faisal Halim Yang Ditahan Di Pandan Indah Rupanya Bukan Pelaku

Sementara itu, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom menerusi satu ciapan di X pula Memaklumkan bahawa…

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Kumpul Duit Selama 3 Tahun, Peniaga Apam Balik Beli Rumah Guna Duit Syiling [Video]

Menurut Diana duit syiling tersebut telah dikumpul oleh peniaga apam balik berkenaan selama tiga tahun…

2 hours ago