fbpx
Now Reading
SST Akan Rendahkan Kos Sara Hidup

SST Akan Rendahkan Kos Sara Hidup

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Cadangan 10 peratus cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmatan di bawah pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak menjadikan keseluruhan cukai yang perlu ditanggung pengguna pada kadar 16 peratus.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming, mengakui cadangan itu menimbulkan banyak kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Beliau yang pernah menjadi Pegawai Khas Kementerian Kewangan berkata, kedua-dua sistem percukaian itu dikenakan secara berasingan.

“Cukai jualan (10 peratus) akan dikenakan pada produk yang dibuat di kilang. Untuk cukai perkhidmatan (enam peratus) pula, ia dikenakan untuk perkhidmatan sahaja.

“Sebenarnya, kedua-dua percukaian ini adalah berasingan. Jadi, ia tidak boleh digabungkan sekali menjadi 16 peratus,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang berkata kerajaan mencadangkan kadar 10 peratus cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmatan di bawah SST.

Ia akan diperkenalkan semula pada 1 September depan.

Mengulas lanjut mengenai SST, Kian Ming berkata, cukai jualan yang dikenakan berbeza dengan GST.

Ini kerana, beliau menjelaskan, cukai jualan dikenakan dari punca pengilangan, manakala GST dikenakan pada peringkat jualan.

“Apabila dikena cukai pada peringkat jualan, harga itu memang lebih tinggi berbanding dengan punca pengilangan.

“Kesan pelaksaan SST tidak akan sama dengan GST. Impak keseluruhan daripada kesan pelaksanaan SST akan merendahkan kos sara hidup,” katanya.

Sumber : BH Online

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.