fbpx
Now Reading
“Saya Takut Akan Dimarahi Ibu Selepas Keluar Daripada Gua”

“Saya Takut Akan Dimarahi Ibu Selepas Keluar Daripada Gua”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kesemua 12 remaja dan seorang jurulatih pasukan bola sepak remaja Thailand yang terperangkap dalam Gua Tham Luang di Chiang Rai sudah dibenarkan keluar dari hospital semalam (18 Julai).

Satu sidang media diadakan sejurus selepas mereka dibenarkan pulang.

Doktor dan pakar psikiatri turut serta dalam sidang media tersebut untuk menjawab soalan situasi yang dihadapi kanak-kanak berkenaan sepanjang tempoh di hospital.

Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara dari Chiang Rai itu, kumpulan remaja dan jurulatih berkenaan menjawab beberapa soalan daripada wartawan yang sudahpun diberikan kepada mereka lebih awal.

Antara soalan yang ditanya wartawan adalah bagaimana mereka boleh bertahan tanpa makanan.

Salah seorang daripada ahli pasukan itu menjawab mereka hanya meminum air yang menitis daripada batu-batu di gua tersebut.

Jawapan yang mencuit hati penonton pada sidang media itu adalah “Saya takut akan dimarahi ibu apabila keluar daripada gua tersebut.”

Mereka juga sangat bersyukur apabila terdengar suara penyelamat yang tiba pada hari ke-9 dan merasakan itu adalah sebuah keajaiban.

Terdahulu, beberapa mangsa turut disahkan menghidap pneumonia dan telah menjalani proses pemulihan.

Mereka terperangkap selama 17 hari dalam gua yang berdekatan sempadan Myanmar itu berjaya dibawa keluar dengan misi bantuan antarabangsa.

Setelah berjaya dibawa keluar dengan selamat, kesemua mereka dimasukkan di hospital bagi menjalani rawatan susulan.

Sumber : Awani

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.