fbpx
Now Reading
Pelajar Bukan Pengantin!

Pelajar Bukan Pengantin!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menarik perhatian ramai apabila gambarnya memegang poster ‘Kempen Pelajar Bukan Pengantin’, hari ini.

Kempen dalam talian itu, sebetulnya dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).

Kempen dalam Instagram rasmi WAO itu antara lain bertujuan untuk hentikan perkahwinan dalam kalangan kanak-kanak.

Menerusi kempen dalam talian itu, orang ramai boleh mengambil swafoto sambil memang perkataan ‘Pelajar Bukan Pengantin’ atau ‘School Not Spouse’.

Kemudian gambar berkenaan perlu dimuat naik ke akaun instagram bersama tanda pagar #pelajarbukanpengantin atau #schoolnotspouse.

Gambar berkenaan kemudian akan dimuat naik semula atau ârepostâ dalam Instagram rasmi WAO : Pelajar Bukan Pengantin!.

Awal bulan ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan menegaskan komitmennya untuk menaikkan had umur perkahwinan daripada 16 tahun kepada 18 tahun bagi lelaki dan perempuan.

Ia susulan tindakan seorang peraih getah berusia 41 tahun di Kelantan mengahwini seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun yang difahamkan berasal dari selatan Thailand, yang mencetuskan polemik apabila ia disifatkan bercanggah dengan Akta Kanak-Kanak 2016 dan Enakmen Keluarga Islam.

Dalam Dewan Rakyat hari ini, Dr Wan Azizah, mendedahkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia merekodkan 5,362 permohonan kebenaran nikah bawah umur kanak-kanak beragama Islam di seluruh negara sejak Januari 2013 hingga Disember tahun lalu.

Sumber : Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.