fbpx
Now Reading
“Hello Polis, Makanan Saya Dah Sejuk!”

“Hello Polis, Makanan Saya Dah Sejuk!”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekarang ini jika anda melihat sekeliling bermacam-macam ragam jenis manusia dapat dilihat. Baru-baru ini di Hamilton, Canada seorang pelanggan restoran makanan segera McDonald’s menghubungi pihak polis kerana makanan yang diterima dalam keadaan sejuk.

Laporan mendedahkan, Ahad lalu pegawai polis menerima panggilan daripada pelanggan melaporkan kentang dan burger yang ditempah menerusi Uber Eats sudah sejuk.

Berikutan itu, polis Hamilton mengingatkan orang ramai bahawa walaupun makanan yang anda beli di McDonald’s tidak memuaskan, tidak ada sebab untuk menghubungi panggilan 911.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada perkhidmatan penghantaran makanan pula yang perlu dipersalah kerana kualiti makanan yang kurang memuaskan dan tidak pantas. Namun pelanggan yang tidak berpuas hati tidak ada sebab untuk menganggap ianya situasi mencemaskan.

“Panggilan 911 adalah untuk mereka yang mempunyai kecemasan yang serius. Sistem ini dimaksudkan untuk kecemasan hidup atau kematian.”

Sumber : VitDaily

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.