Now Reading
Pelumba Cilik Dari Malaysia Johan Perlumbaan Basikal Tolak Antarabangsa

Pelumba Cilik Dari Malaysia Johan Perlumbaan Basikal Tolak Antarabangsa

Pelumba cilik Imran Ismail menjadi rakyat Malaysia pertama menjuarai kejohanan dunia basikal tolak untuk kanak-kanak, Piala Strider 2018 yang diadakan di Amerika Syarikat pada Sabtu.

Dalam kejohanan di Boulder, Colorado, pelumba berusia tujuh tahun itu memenangi kategori terbuka basikal 14 inci ataupun 14x, mengatasi 25 peserta lain dari Amerika, Thailand, Costa Rica, Vietnam dan pesaing paling sengit dari negara Jepun.

Aktif dalam sukan dan permakanan yang sihat merupakan resepi utama kejayaan Imran di pentas dunia, mengatasi peserta-peserta setanding dengannya di sana.

Menurut bapanya Shariman Samad, Imran tidak menjalani apa-apa rutin harian sebagai persediaan untuk mengharungi kejohanan dunia tersebut.

“Setiap minggu, Imran berlatih dengan CAK Sports Academy untuk meningkatkan daya ketahanannya, di samping latihan dengan basikal Strider dan berlumba dengan menyertai perlumbaan basikal Strider,” kata Shariman.

“Imran juga pernah aktif latihan bola sepak dengan EPS Sports Academy semasa berusia lima tahun dan makanannya dijaga dengan tidak makan berlebihan.

Ia merupakan kali keempat Imran menyertai perlumbaan basikal tolak ini di peringkat antarabangsa antaranya di Tokyo dan Bangkok.Perlumbaan di Piala Strider melibatkan basikal dua roda tanpa pengayuh itu yang turut dikenali sebagai push bike atau balance bike di peringkat antarabangsa.

Ia digunakan sebagai latihan awal untuk kanak-kanak belajar mengimbangi menggunakan basikal dua roda sebelum menggunakan pengayuh.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.