fbpx
Now Reading
Fakta Mengejutkan Tentang Diabetes di Malaysia

Fakta Mengejutkan Tentang Diabetes di Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia mempunyai jumlah penghidap penyakit kencing manis atau diabetes yang tertinggi di Asia dan antara yang tertinggi di dunia selepas Arab Saudi, kata pengerusi eksekutif Institut Diabetes Kebangsaan (NADI) Datuk Dr Mustaffa Embong.

Yeap! Tertinggi di Asia!!

Kira-kira 2.5 juta orang dewasa di Malaysia berusia 18 ke atas menghidapi penyakit diabetes dan statistik dalam rekod NADI menunjukkan hampir separuh daripada rakyat Malaysia tidak sedar mereka menghidap diabetes.

“Kebanyakan diabetes Jenis 2 langsung tidak meunjukkan sebarang gejala, sehinggalah anda terkena serangan jantung, strok, buah pinggang bermasalah, menjadi buta dan terpaksa dilakukan amputasi,” katanya.

Justeru, kata Dr Mustaffa, diabetes merupakan satu daripada masalah kesihatan yang kenali sebagai pembunuh senyap atau ‘silent killer‘.

Sumber : Bernama

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.