Now Reading
Katakan Tidak Pada Penyedut Minuman di McDonald’s

Katakan Tidak Pada Penyedut Minuman di McDonald’s

Semua tahu penggunaan plastik secara tidak terkawal boleh mendatangkan kemudaratan kepada alam sekitar. Di Selangor dan Melaka, penggunaan beg plastik di pasaraya telah pun dihentikan sejak tahun lalu.

Terbaru, syarikat makanan segera McDonald’s merupakan syarikat pertama di Malaysia yang akan menghentikan penggunakan penyedut minuman plastik di rangkaian restoran mereka.

Kempen “Says No to Straws” itu bakal dilancarkan pada 1 Ogos depan melibatkan seluruh cawangan Mcd di Pulau Pinang.

Walaupun kempen tersebut masih belum bermula, namun papan tanda kempen sudah pun dipamerkan di sesetengah cawangan untuk memberitahu tiada penyedut minuman akan disediakan. Namun pelanggan boleh meminta terus daripada kaunter.

Bukan sahaja di Pulau Pinang, kerajaan negeri Selangor juga turut akan mempertimbangkan untuk melaksanakan kempen yang sama dalam jangka masa terdekat.

Mungkin sudah tiba masanya anda harus ada penyedut minuman besi yang boleh digunakan semula dalam beg anda!

Sumber : Vit Daily

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.