fbpx
Now Reading
‘Bulan Berdarah’ Pada Awal Pagi Esok

‘Bulan Berdarah’ Pada Awal Pagi Esok

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bulan berdarah akan muncul pada waktu malam di banyak lokasi dunia esok dalam fenomena yang menyaksikan bulan bergerak ke bayang bumi untuk menjadi gerhana paling panjang dalam kurun ke-21.

Menurut Pentadbir Aeronautik dan Angkasa Nasional (NASA), gerhana bulan penuh itu akan berterusan selama satu jam, 43 minit dan 57 saat kemudian diikuti gerhana separa, menjadikan gerhana selama tiga jam dan 54 minit.

Gerhana bulan itu dapat akan dapat dilihat di Eropah, Afrika dan Asia Barat antara waktu matahari terbenam hingga waktu tengah malah pada 27 Julai ini dan antara waktu tengah malam hingga matahari terbit di Asia dan Australia pada 28 Julai ini.

“Ia dipanggil bulan darah kerana cahaya matahari melalui atmosfera bumi bertukar merah sebelum sampai ke bulan, sama seperti cahaya merah ketika matahari terbenam,” kata profesor astronomi University of Cambridge, Andrew Fabian.

Pensyarah ilmu falak dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Prof Madya Dr Baharrudin Zainal berkata, gerhana yang berlaku ketika bulan purnama kali ini, boleh dilihat di bahagian bumi yang sedang mengalami malam, iaitu meliputi sebahagian besar Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan.

Di Malaysia, katanya, fasa gerhana separa bermula kira-kira jam 2.24 pagi dan secara perlahan lahan tetapi boleh kelihatan dengan jelas, permukaan bulan menjadi gelap sedikit demi sedikit.

“Bulan purnama ini akan bertukar menjadi ‘sabit’ sehinggalah mencapai kegelapan penuh kira-kira sejam selepas itu, menandakan permulaan fasa gerhana bulan penuh berlaku jam 3.30 pagi selama kira-kira 1 jam 43 minit.

“Fasa gerhana penuh ini berlangsung sehinggalah jam 5.13 pagi apabila bulan mula keluar dari kawasan zon bayangan umbra. Ketika ini, bulan kelihatan bercahaya semula sedikit demi sedikit sehingga keseluruhan jasad bulan berada di luar kawasan bayang-bayang bumi kira-kira jam 6.19 pagi.

Anda boleh melihat kejadian ini secara langsung melalui ‘live streaming’.

Sumber : BH Online, Awani

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.