fbpx
Now Reading
Kasut Sekolah RM10 Je!

Kasut Sekolah RM10 Je!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Susulan pengumuman oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengenai pemakaian kasut hitam kepada pelajar sekolah bermula tahun depan, rata-rata peniaga yang menjual kasut sekolah bimbang dengan lambakan stok kasut sekolah berwarna putih.

Baru-baru ini, MalaysiaKini melaporkan terdapat peniaga mengadakan jualan lelong kasut sekolah dengan harga serendah RM10 sepasang.

Jualan tersebut adalah untuk menghabiskan stok kasut sebelum arahan pemakaian kasut hitam mula dikuat kuasakan.

Menurut laporan, lori mudah alih yang dipenuhi kasut sekolah berwarna putih itu ditemui di luar sekolah rendah di Sungai Kandis, Selangor.

Walau bagaimanapun, Maszlee berkata pelaksanaan pemakaian kasut hitam kepada pelajar sekolah yang bermula tahun depan akan dibuat secara berperingkat bagi mengelakkan ibu bapa terbeban dan pelbagai pihak yang terlibat dapat menyesuaikan diri dengan perlaksanaan baru itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.