fbpx
Now Reading
Bagaimana Bahan dan Teks al-Quran Dilupuskan?

Bagaimana Bahan dan Teks al-Quran Dilupuskan?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mesti ada diantara korang tertanya-tanya macam mana al-Quran dilupuskan? Kita tak boleh buang begitu sahaja di tong sampah kerana kita mesti menjaga kesuciannya.

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melupuskan empat tan kiub abu bahan dan teks al-Quran di perairan Pulau Kapas,hari ini.

Proses pelupusan dilakukan di kedalaman 16.7 meter di perairan Pulau Kapas, kira-kira sembilan batu nautika dari muara Kuala Terengganu jam 10 pagi tadi dalam bentuk kiub itu dan kali ketiga selepas diperkenalkan pada 2016.

Proses pelupusan risalah dan bahan mengandungi ayat suci al-Quran itu dilakukan sejak tahun 2012 dengan menggunakan kaedah biasa iaitu dalam bentuk debu.

Bermula Mac 2016, Bahagian Penyelidikan JHEAT memperkenalkan satu inovasi menukarkan abu al-Quran kepada bentuk kiub lanjutan daripada masalah abu berterbangan ketika proses pelupusan ke laut sebelum ini.

400 kiub atau empat tan membabitkan 10,000 naskah al-Quran termasuk risalah dan bahan mengandungi ayat suci al-Quran yang setiap satu seberat 10 kilogram dilupuskan.

Sejak 2012, kerajaan negeri sudah melupuskan sebanyak 103.4 tan bahan dan teks al-Quran yang dikumpul di seluruh negeri.

Sumber : BH Online

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.