Penghapusan Tol Ditangguh Sehingga Ekonomi Stabil

Kerajaan mengakui bukan mudah untuk melaksanakan penghapusan tol, terutamanya dalam keadaan kewangan negara ketika ini.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata kerajaan sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi janji manifesto.
“Namun, Kerajaan mengakui cadangan itu bukan mudah untuk dilakukan terutamanya dalam keadaan kewangan semasa yang tidak mengizinkan.
“Kerajaan telah meneliti pelbagai faktor serta implikasi penghapusan tol di mana anggaran kos pelepasan tol ialah melebihi RM400 billion,” kata Baru Bian.
Tambahnya, selepas menimbangkan perkara ini, Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan ini sehingga keadaan ekonomi benar-benar stabil.
“Walau bagaimanapun, Kerajaan akan terus meneliti pilihan lain bagi membantu rakyat untuk meringankan beban kos sara hidup,” kata beliau.
Baru Bian berkata demikian bagi menjawab soalan dari Datuk Jalaluddin Alias (BN – Jelebu) yang bertanyakan tentang bilakah tol dijangka akan dimansuhkan.
Sumber : Awani.com

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

4 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

5 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

6 hours ago