fbpx
Now Reading
Bapa Positif Syabu Tetak Anak Sampai Mati

Bapa Positif Syabu Tetak Anak Sampai Mati

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut ditetak bapa kandungnya di Flat Puchong Permai di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang, pihak polis telah menerima panggilan dari seorang lelaki mengatakan seorang kanak-kanak telah jatuh di tingkat empat blok 11A di flat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, hasil siasatan mendapati kanak-kanak lelaki itu telah ditetak sebanyak tiga kali ketika mangsa sedang tidur.

Katanya, pemeriksaan di lokasi kejadian itu turut menemui sebilah parang.

“Mangsa telah ditetak oleh bapa kandungnya yang berumur 35 tahun sebanyak tiga kali semasa sedang tidur dan juga mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta pergelangan tangan kanan.

“Semasa kejadian berlaku, hanya suspek dan mangsa sahaja berada di rumah. Hasil ujian air kencing yang telah dijalankan mendapati suspek positif syabu,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – K! ONLINE

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.