Keldai Santorini Terpaksa Angkut Pelancong Gemuk Undang Kemarahan Aktivis

Penduduk empatan di destinasi pelancongan terkenal, Santorini, menggunakan keldai untuk membawa pelancong ke kawasan yang tidak boleh dilalui kenderaan.

Pada musim cuti dari Mei hingga Oktober misalnya, terdapat lima kapal yang membawa kira-kira 1,200 pelancong masuk ke pulau peranginan itu setiap hari.

Namun, ia menjadi kebimbangan apabila aktivis haiwan mula mempersoalkan penggunaan keldai yang dianggap sebagai satu penyiksaan.

Selain membawa muatan barangan, haiwan itu juga terpaksa membawa pelancong yang mempunyai berat badan melampau.

-foto Pieter Cornelissen/Flickr

Keldai mengangkut sekumpulan pelancong ke kawasan yang tidak boleh dilalui kenderaan.

“Sepatutnya haiwan tidak boleh membawa muatan lebih 20 peratus dari berat badan asal mereka.

“Selain pelancong gemuk dan obesiti, beban ditambah juga dengan muatan barangan lain boleh dan ia menimbulkan masalah.

“Sepatutnya ada had muatan. Lebih teruk, mereka membuat kacukan baka keldai untuk mendapatkan spesis yang lebih kuat untuk digunakan dalam pelancongan di sana,” ujar Christina Kaloudi, aktivis haiwan di Santorini.

Menurut wanita itu, keldai terpaksa bekerja keras khususnya sewaktu musim percutian.

-foto Help the Santorini Donkeys/FB

Aktivis haiwan mahu had muatan dikenakan agar keldai tidak dianiaya di lokasi pelancongan itu.

Malah, haiwan-haiwan itu juga terpaksa bekerja tanpa diberi air secukupnya dan diikat di kawasan terbuka sahaja.

“Kita tak mahu menghentikan orang tempatan dari menggunakan keldai untuk bekerja.

“Keldai adalah haiwan kuat, mereka akan bekerja semampu boleh, saya memang akui kehebatan mereka.

“Tapi mereka perlu dilayan dengan adil, kita juga mahu keldai-keldai itu dilayan dengan nilai kemanusiaan,” ujar aktivis berusia 42 tahun itu. – Unilad

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

11 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

11 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

11 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

13 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

14 hours ago