fbpx
Now Reading
Sebab Gaduh Dengan Awek Sanggup Telan 87 Batang Paku?

Sebab Gaduh Dengan Awek Sanggup Telan 87 Batang Paku?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki berusia 25 tahun dari selatan China terpaksa menjalani pembedahan selama empat jam selepas menelan 87 batang paku dan 7 batang pin awal bulan ini.

Pembedahan yang disiarkan sebuah laman video negara berkenaan, Mango TV memperlihatkan bagaimana sekumpulan pakar bedah dari Hospital First People di Chenzhou dalam wilayah Hunan mengeluarkan kesemua objek itu dari bahagian atas tubuh lelaki terbabit serta beberapa batang paku yang berada berhampiran alat sulit beliau.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=3&v=VBtZvqleEuo

Video itu turut menayangkan saiz setiap paku yang dikeluarkan, berukuran antara 4 hingga 5 sentimeter.

Lelaki terbabit yang identitinya dirahsiakan kini dilaporkan semakin beransur pulih.

Doktor dalam video berkenaan turut memberitahu bahawa tindakan menelan paku sebanyak itu amat berbahaya kerana boleh mendatangkan kecederaan parah pada usus.

Baki tujuh batang pin lagi dikeluarkan secara semula jadi melalui saluran penghadaman lelaki itu.

Walaupun beliau mendakwa termakan seketul roti yang mengandungi kesemua objek berkenaan, doktor percaya lelaki terbabit berniat untuk membunuh diri susulan sekeping surat selamat tinggal kepada teman wanitanya. – Agensi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.