fbpx
Now Reading
Pemandu Bas Lari Kerana Panik Dikejar?

Pemandu Bas Lari Kerana Panik Dikejar?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiada sebarang laporan dibuat mana-mana pihak, berkaitan kes bas RapidKL yang merempuh tujuh kenderaan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, polis akan menjalankan siasatan sekiranya wujud unsur jenayah dalam kejadian itu.

“Siasatan akan dijalankan sekiranya pemandu bas atau pihak yang berkaitan tampil membuat laporan polis.

“Buat masa ini, kita dimaklumkan belum ada mana-mana pihak tampil berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Dalam kejadian 8.30 malam itu, tujuh kereta rosak akibat dilanggar oleh bas Rapid KL berkenaan yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun di Jalan Ampang berhampiran lampu isyarat Jalan Ampang berdekatan Ampang Point.

Pemandu bas terbabit kini sedang menerima rawatan di Hospital Ampang akibat cedera di kepala dan berada dalam keadaan separa sedar.

Menurut mesej tular didakwa ditulis saksi kejadian, pemandu bas RapidKL itu bertindak demikian kerana panik dikejar sekumpulan lelaki selepas terbabit dalam kemalangan kecil di Persimpangan lampu isyarat AU Keramat.

Saksi terbabit mendakwa, pemandu bas berkenaan pada mulanya dikatakan cuba mengelak motosikal yang keluar dari persimpangan lampu isyarat berkenaan menyebabkannya terlanggar bucu gerai burger di tepi jalan, sebelum pemilik gerai burger berang dan bertindak mengejar bas RapidKL terbabit.

Sumber : Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.