Sanggup Gemuk Untuk Elak Jadi Tentera

Seramai dua belas pelajar lepasan kolej di Seoul cuba melepaskan diri daripada menyertai khidmat ketenteraan mandatori dengan menambah berat badan mereka secara sengaja.

Menurut kenyataan Pentadbiran Tenaga Manusia Ketenteraan, mereka berbuat begitu dengan niat mahu gagal dalam ujian fizikal.

Pihak berkuasa berkata, 12 pelajar itu makan makanan berkalori tingggi seperti pizza dan burger sebanyak lima kali sehari.

Seorang daripada mereka naik berat badan sebanyak 30 kilogram dalam tempoh enam bulan.

Menurut Akta Khidmat Tentera, semua lelaki perlu berkhidmat selama dua tahun sebagai tentera sebelum berumur 28 tahun.

Sebelum didaftarkan, mereka harus menjalani pemeriksaan fizikal bagi memastikan mereka lulus untuk melakukan tugasan yang aktif.

Mereka yang mendapat skor kurang daripada empat pada skala tujuh mata dikategorikan sebagai tidak cergas untuk melakukan tugasan yang aktif.

Berikutan kes tersebut, mereka mungkin dikecualikan atau ditugaskan untuk bekerja dalam komuniti menerusi program khidmat alternatif.

Dua daripada 12 pelajar itu sudah menamatkan program khidmat alternatif dan empat masih bekerja di pusat komuniti, manakala enam lagi belum diputuskan. – The Star/The Korea Herald/Asia News Network

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • Hiburan

Filem ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya [Trailer]

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…

9 hours ago
  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

13 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

13 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

14 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

14 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

14 hours ago