“Kamu Bagai Dalam Filem Gerak Khas..” Kata Ibu Kepada Anak Autistiknya Yang Ditahan Kerana Dituduh Mencabul

Ibu pemuda autistik yang ditahan kerana didakwa mencabul kehormatan seorang wanita terpaksa memberitahu anaknya bahawa dia umpama beraksi dalam filem Gerak Khas semata-mata untuk menenangkannya.

Pada 11 September, Ahmad Ziqri Morsidi, 22 telah ditahan kerana didakwa mencabul kehormatan seorang wanita.

Pemuda menghidap autisme itu dibawa ke mahkamah dan ditahan reman pada keesokkannya, sekali gus bermakna terpaksa bermalam dalam lokap balai polis.

Ibunya, Hasnah Abdul Rahman memberitahu The Star pada Ahad bahawa anak lelakinya yang dikurniakan dengan tahap pemikiran terhad ini tidak akan faham kesan tindakannya juga kenapa dia ditahan.

“Saya tidak menyalahkan pihak polis, juga tidak salahkan pengadu. Meletakkan diri saya dalam situasi yang dialami wanita berkenaan, tentunya ia sesuatu yang menakutkan, terutama apabila mereka tidak didedahkan dengan autisme, malahan anak saya pula kelihatan seperti pemuda normal,” katanya.

Bagaimanapun, Hasnah berharap pihak polis dapat mengendalikan anaknya yang unik itu dengan cara berbeza.

“Kita perlu tangani perkara ini dengan betul dan polis juga harus lebih banyak berinteraksi dengan pihak yang mempunyai pengalaman dalam hal ini supaya mereka lebih faham bagaimana untuk mengendalikan kes seperti ini,” katanya sambil menambah bahawa dia tidak maklum sama ada pihak polis mempunyai operasi prosedur standard (SOP) khusus untuk kes melibatkan Orang Kurang Berkeupayaan (OKU).

Katanya lagi, polis memohon tempoh reman selama empat hari tetapi ia ditolak majistret, sebelum Ahmad Ziqri dibebaskan dengan jaminan polis.

Anak lelakinya disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul.

“Saya tidak kisah jika polis mahu melakukan ujian darah atau kesihatan kerana kami boleh membawanya,” katanya.

Beliau menambah, selepas membawa anaknya pulang, perlakuan Ahmad Ziqri berubah.

“Sebaik sampai ke rumah dari mahkamah, dia tidak mahu menukar pakaian dan makan,” katanya yang lega apabila pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memberi khidmat kaunseling untuk anaknya pada Isnin (17 September).

Hasnah berkata, anaknya seorang yang lembam dan kebiasaannya mengambil masa sehingga dua tahun untuk membangunkan keupayaannya dalam sesuatu.

“Dia pintar tetapi ia gunakannya untuk sesuatu yang tidak membantu dirinya dalam kehidupan harian. Memorinya juga bagus tetapi tidak dapat mengikat tali kasutnya sendiri. Mungkin bagi yang normal ia sesuatu yang biasa tetapi bagi dirinya ia satu cabaran walaupun untuk mengikat tali kasut,” katanya.

sumber : Mstar

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Kebangsaa (FAM memandang serius perkara ini dam…

6 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago