fbpx
Now Reading
5 Jenama Kereta Turun Harga Bulan Ini

5 Jenama Kereta Turun Harga Bulan Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula awal bulan ini, dilihat beberapa jenama kereta termasuk keluaran luar negara mengalami penurunan harga sehingga RM3,000.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, memberitahu antara lima jenama kenderaan yang menurunkan harga ialah Perodua, Honda, Toyota, BMW, dan Volkswagen.

thestar.com.my

“Saya telah memperoleh maklumat bahawa ada beberapa jenis kereta yang harganya jika dibandingkan dengan (ketika dilaksanakan) Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah lebih rendah,” ujarnya.

Berikut merupakan antara jenama kereta yang melakukan penurunan harga:

1. BMW 118i

– Turun harga sebanyak RM3,000 iaitu daripada RM188,800 kepada RM185,800.

2. Volkswagen Polo

– Harga semasa dikenakan GST RM76,888 tetapi kini menurun kepada RM74,900.

3. Toyota Vios

– Harga sebelum SST ialah RM93,980 manakala harga terkini pula RM93,200.

4. Honda Jazz 1.5

– Sebelum ini Honda Jazz berharga RM85,750, tetapi kini boleh dibeli pada harga RM83,633.

5. Perodua Myvi 1.5

– Myvi turut mencatat penurunan harga daripada RM55,300 kepada RM54,090.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.