
Aduan SST Melalui Whatsapp Je
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan, pelbagai isu timbul mengenai pelaksanaan itu terutama kenaikan harga barang.
Berikutan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail, memberitahu kini pengguna boleh menyalurkan aduan melalui aplikasi Whatsapp.

Gambar sekadar hiasan
Difahamkan, pendekatan terbaru itu ditambahbaik berbanding lapan saluran sedia ada antaranya melalui e-mel, talian bebas tol dan laman sosial Facebook.
Orang awam boleh membuat aduan dengan memberikan maklumat lengkap melalui aplikasi WhatsApp di nombor 019-279 4317 sebelum tindakan susulan oleh penguat kuasa KPDNHEP diambil dalam tempoh 24 jam.

Gambar sekadar hiasan
Sejak pendekatan terbaru itu dilaksanakan pada awal bulan ini, pihak KPDNHEP mendapati pengurangan harga barangan yang dilaksanakan peniaga tidak begitu ketara iaitu sekitar 0.2 hingga 12.9 peratus.
Menurutnya, kemungkinan terdapat faktor lain yang menjadi masalah kepada penurunan harga barangan secara mendadak termasuklah kos pengangkutan dan pembayaran gaji kepada pekerja.
Sumber: Astro Awani