fbpx
Now Reading
Chong Wei Disahkan Menghidap Kanser Hidung

Chong Wei Disahkan Menghidap Kanser Hidung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei menghidap kanser hidung peringkat awal.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan dikeluarkan, hari ini, berkata, bekas pemain nombor satu dunia itu sedang menjalani rawatan di Taiwan.

“Sebagai maklum balas terhadap laporan mengenai Chong Wei, BAM mengesahkan pemain berkenaan didapati mengidap kanser hidung peringkat awal. Proses rawatannya berjalan lancar dan ketika ini sedang berehat bersama keluarga dan teman rapatnya.

“Bagi pihak Chong Wei, saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mengambil berat dan berdoa untuk dirinya. Sokongan anda akan memberi kekuatan kepada Chong Wei,” kata Norza.

Masalah kesihatan Chong Wei mula menjadi tumpuan selepas pemain berkenaan menarik diri daripada Kejohanan Dunia di Nanjing, China dan Sukan Asia di Jakarta-Palembang 2018, bulan lalu.

Susulan itu, Meja Sukan NSTP melaporkan pemain berusia 36 tahun berkemungkinan besar terpaksa ‘menggantung raket’ kerana sebenarnya mengalami masalah kesihatan yang serius.

Mengulas lanjut, Norza meminta semua pihak untuk menghormati privasi Chong Wei dan keluarganya dalam menghadapi situasi sukar ini.

“BAM sentiasa berhubung dengan Chong Wei dan kami akan memberikan sebarang bantuan yang diperlukan kepada legenda badminton kita,” katanya.

Sumber : Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.