fbpx
Now Reading
Dibelasah Hingga Mati Kerana Terlalu Lama Guna Tandas

Dibelasah Hingga Mati Kerana Terlalu Lama Guna Tandas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara menggunakan tandas awam terlalu lama, seorang lelaki dibelasah sehingga mati dalam kejadian di penempatan miskin luar bandar di Wadala.

Menurut polis, mangsa dikenali sebagai Fulchand Yadav dipukul seorang lelaki yang gagal mengawal emosi selepas menunggu terlalu lama untuk menggunakan tandas tersebut.

Kata saksi, tertuduh Shakir Ali Shaikh memarahi mangsa sehingga membawa pertengkaran, namun ia dileraikan orang ramai yang berada di tempat kejadian.

“Tertuduh gagal mengawal emosi dan mengekori mangsa sebelum bertindak memukulnya berulang kali.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu membantu mangsa dan menghantarnya ke hospital.

“Namun mangsa meninggal dunia sebelum menerima sebarang rawatan,” kata polis.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.