Pengasuh Cili Mulut Kanak-Kanak Sehingga Mati Hanya Dihukum Penjara 18 Bulan Je?
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ada lagi kes pengasuh mendera kanak-kanak, kali ini melibatkan bayi lelaki berusia dua tahun enam bulan apabila pengasuhnya memasukkan cili ke dalam mulut mangsa sehingga menyebabkan kematian pada Jun lalu.
Tertuduh Asmarani Ghazali, 39 yang mempunyai tiga anak didakwa menganiaya Muhammad Afif Kamarol Azli dengan cara memasukkan sebiji cili hijau ke dalam mulut mangsa sehingga menyebabkan kanak-kanak itu meninggal dunia pada 13 Jun, dua hari sebelum sambutan Aidilfitri.
Bayi tersebut kemudian mengalami kesukaran untuk bernafas, terus dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang dibacakan ke atasnya mengikut Seksyen 31(5)(b) Akta Kanak-Kanak 2001.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin menggesa mahkamah mengenakan hukuman penjara 10 dan 15 tahun kerana kesalahan tersebut dianggap serius.
Ibu kepada mangsa, Rahmawati memberitahu keluarganya dalam keadaan trauma di atas kejadian yang menimpa mereka. Katanya lagi, beliau mahukan keadilan kerana anaknya dia meninggal dunia kerana dianiaya dan bukan kerana kecuaian pengasuh tersebut.
Namun, orang ramai masing-masing menyatakan rasa kecewa mereka terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada tertuduh dan merasakan tertuduh layak dikenakan hukuman yang lebih berat.
Really? Orang yg membunuh tanpa niat sebab nak lindungi diri dari dirogol pun dapat dua tahun. Orang mencuri duit masjid sebab lapar pun dua tahun. Ni sah2 membunuh 18 bulan sahaja??? https://t.co/7VFyf7bzz9
— KakDa #GIRLSNOTBRIDES (@adaazam) September 30, 2018
Ya Allah..membunuh tu..bukan kecuaian..mmg xpatut hukuman 18bulan je..sakitnya hati.. https://t.co/FIUr7k7Znj
— DiaNa HaziQ (@mardianazain) October 1, 2018
Kanak2 berumur 2 tahun meninggal dunia selepas mulutnya di sumbat cili hijau kerana tidak berhenti menangis dan pengasuh yang mengaku salah cuma di hukum penjara selama 18 bulan sahaja ??? HMmmm ???? pic.twitter.com/tKZnTbdPSy
— NickFarish™️ (@nick_farish) September 29, 2018
Bukan nk menghukum tp wajar ke hukuman yg diberikan dng nyawa ank kecil melayang dek kerana mengikut hawa nafsu ???? #MalaysiaBaru #Undang2Manusia pic.twitter.com/o9edYQstJP
— Tengku (@TengkuShukran) September 30, 2018