Now Reading
10 Pulau Di Johor Ditutup Susulan Musim Tengkujuh

10 Pulau Di Johor Ditutup Susulan Musim Tengkujuh

Musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut akan mula melanda negara bermula bulan ini (Oktober). Sebanyak 10 pulau di Johor Bahru akan ditutup antara pertengahan atau akhir bulan ini sebagai persediaan awal menghadapi fenomena ini.

Menurut Exco Pembangunan Wanita dan Pelancongan Negeri, Liew Cai Tung, penutupan ini dijangka berterusan sehingga Mac tahun depan. Walau bagaimanapun, keputusan dibuat bergantung kepada laporan laporan cuaca terlebih dahulu.

Resort, chalet dan penginapan pulau akan menjadi kawasan larangan untuk pelancong sepanjang tempoh ini. Ia adalah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kerana laut berombak dan angin kencang yang bertiup kuat. Namun, tutupan pulau ini tidak termasuk pulau pribadi.

Antara gugusan pulau di pesisir laut Johor ialah Pulau Dayang, Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Sibu, Pulau Tengah, Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Tioman dan beberapa lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.