fbpx
Now Reading
Ridzuan, Latiff Pecah Rekod Dunia

Ridzuan, Latiff Pecah Rekod Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas permulaan perlahan, kontinjen Malaysia di Sukan Para Asia 2018 Indonesia mula menuai pingat emas, semalam termasuk memecahkan rekod dunia menerusi dua jaguh olahraga, Ridzuan Puzi dan Abdul Latiff Romly.

Ridzuan yang juga pemenang pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016 memenangi acara kegemarannya, pecut 100 meter (m) dalam kelas T36 selepas mencatatkan 11.87 saat (s) pada aksi di Stadium Gelora Bung Karno.

Kejayaan itu menyaksikannya memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang atlet Russia, Evgenii Shvetcov 11.90s yang dilakukan pada Kejuaraan Dunia 2013 di Lyon, Perancis.

Atlet China, Yang Yifei yang mencatat 11.91s memenangi perak manakala Al Harrasi Taha Abdullah Rashid dari Oman meraih gangsa dengan catatan 12.36s.e

Sementara itu, Latiff yang beraksi dalam acara lompat jauh turut memecahkan rekod dunia miliknya dalam kategori T20 selepas melakukan catatan 7.64m untuk memenangi emas.

Catatan itu memperbaharui rekod 7.60m yang dilakukannya ketika memenangi emas di Rio, dua tahun lalu dengan dua atlet Jepun, Kokubo Kanta Yamaguchi Mitsuo masing-masing meraih perak dan gangsa selepas melakukan catatan 6.79m dan 6.68m.

Secara keseluruhan, kontinjen negara menuai enam emas, hari ini dengan empat daripadanya hadir dalam acara olahraga.

Terdahulu, Malaysia memulakan tuaian emas menerusi Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin dan Nasharuddin Mohamed yang menjuarai acara 400m wanita dan lelaki T20 (masalah pembelajaran).

Dua lagi emas disumbangkan dalam acara berbasikal menerusi Zuhairie Ahmad Tarmizi (lebuh raya C5) dan Nur Azlia Syafinaz (lebuh raya B).

Sumber : Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.