Now Reading
Tren Kargo Langgar Komuter di Tanjung Malim

Tren Kargo Langgar Komuter di Tanjung Malim

Kemalangan membabitkan tren kargo dan komuter KTMB di stesen Tanjung Malim pada Khamis pagi dijangka menyebabkan jadual perjalanan Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) ke bahagian utara tergendala.

Perkhidmatan KTM Tanjung Malim-Kepong juga dijangka tergendala pada hari ini.

Jurucakap KTMB menerusi laman Facebook rasmi mereka turut memaklumkan hal itu sekitar pukul 6 pagi Khamis. Namun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Perhatian kepada para pengguna perkhidmatan tren KTM Berhad, adalah dimaklumkan bahawa telah berlaku perlanggaran di antara tren Kargo dan tren KTM Komuter di Stesen Tanjung Malim, platform 2, pada jam 6.02 pagi hari ini. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” tulisnya.

“Perkhidmatan tren KTM Komuter mengalami gangguan perkhidmatan perjalanan bagi laluan Tanjung Malim – Kepong dengan jangkaan kelewatan di antara 20 hingga 30 minit.

See Also

“KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan,” tulisnya.

Sumber : Mstar

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.