fbpx
Now Reading
Alahai Anak…Duit RM4 Ribu Hancur!

Alahai Anak…Duit RM4 Ribu Hancur!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun ‘ditangkap’ selepas memusnahkan ribuan ringgit milik kedua orang tuanya dengan memasukkan duit tersebut ke dalam mesin pengisar.

Menurut pasangan suami isteri terbabit, Ben dan Jackee menyimpan duit tersebut untuk membeli tiket bola sebagai hadiah kepada ayah Ben.  Mereka telah menyimpan lebih RM4,000 dan memasukkannya ke dalam sampul surat sebelum ianya hilang ditempat sepatutnya.

“Kami mencari dimerata tempat.  Selongkar tong sampah tapi masih tak menjumpai sampul surat tersebut.”

“Selepas puas mencari Jackee tiba-tiba menjerit, saya jumpa! Sambil memegang mesin pengisar.”

“Saya rasa duit tu ada dalam mesin ni.”

“Selama hampir 5 minit kami terdiam dan tak tahu nak buat apa.  Siapa yang sanggup kisar duit?”

“Suspek utama mestilah si kecil Leo, dia selalu nampak ibunya mengisar kertas ke dalam mesin tersebut.  Dia juga selalu tolong musnahkan beberapa dokumen melalui mesin pengisar itu.

Pun begitu, berita baik untuk keluarga ini mereka boleh menyerahkan wang tersebut kepada Bahagian Wang Jabatan Perbendaharaan AS untuk pertukaran.  Ia akan mengambil masa sedikit untuk jabatan tersebut mencantumkan dan mengesahkan jumlahnya.

“Saya menghubungi pihak jabatan keesokan harinya.  Dia berkata, ‘oh, kami mungkin boleh bantu.  Masukkan duit ke dalam beg kecil berzip dan hantar ke DC. Dalam satu atau dua tahun anda akan mendapat kembali wang itu.”

Sumber: CNN

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.