fbpx
Now Reading
Kesal Dengan Tindakan Pemandu Teksi, Tun M Sedia Letak Jawatan

Kesal Dengan Tindakan Pemandu Teksi, Tun M Sedia Letak Jawatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tun Dr Mahathir Mohamad sedia meletak jawatannya selepas kesal dengan tindakan segelintir pemandu teksi bersikap biadap dan meninggalkan sesi dialog selepas enggan menerima penjelasan beliau berkaitan isu perkhidmatan e-hailing.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah bersara sebelum ini, namun kembali semula selepas diminta orang ramai untuk memulihkan keadaan negara.

“Saya nak tolong tapi kalau tak ada bantuan… saya pun tak boleh tolong juga. Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi.

“Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara…orang panggil balik, jadi saya datang.

 “Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” katanya pada Sesi Dialog Bersama Pemandu Teksi Langkawi di sini, hari ini.

Terdahulu, kira-kira 10 pemandu teksi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dan membuat bising sebelum keluar dewan ketika Dr Mahathir memberi penjelasan berhubung isu e-hailing.

Sesi dialog itu dihadiri hampir 200 pemandu teksi Langkawi yang mendakwa pendapatan mereka terjejas ekoran perkhidmatan e-hailing.

Sumber : Harian Metro, Awani

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.