fbpx
Now Reading
Harga Rumah Lebih Rendah Tanpa SST

Harga Rumah Lebih Rendah Tanpa SST

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mereka yang berhasrat untuk memiliki rumah kini boleh menarik nafas lega, apabila kos rumah baharu dijangka menurun antara lima dan 10 peratus.

Ia berikutan pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dalam perkhidmatan pembinaan dan kos bahan binaan.

“Kita menetapkan pengecualian itu kerana kita mahu meningkatkan sektor hartanah. Kita berharap untuk melihat penurunan dalam harga rumah baharu,” kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kepada pemberita di Parlimen, Selasa.

“Jika tidak, kita akan mempertimbangkan untuk mengenakan semula SST (terhadap pemaju),” tambahnya.

Bagaimanapun, Guan Eng berkata, diskaun tersebut hanya terpakai kepada rumah yang baru dilancarkan dan tidak termasuk projek perumahan kos rendah.

“Bagi unit kediaman yang telah dibina, anda perlu tunggu sehingga pembentangan Belanjawan 2019 pada Jumaat ini,” katanya. – The Star

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.