Enggan kakitangannya menghadapi masalah pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan Deepavali nanti, saudagar billionaire dari Surat, India, Savji Dholakia, menghadiahkan sebuah kereta kepada 600 pekerjanya.
Savji sememangnya terkenal dengan sifat pemurah dan gemar memberi hadiah mahal kepada pekerjanya, adalah pemilik syarikat Hari Krishna Exporters.
Beliau menghadiahkan kereta jenis Renault KWID dan Maruti Suzuki Celerio kepada pekerjanya manakala ribuan lagi pekerja menerima simpanan wang tunai dan apartmen.
Menurut portal berita New Indian Express, harga semua kereta terbabit ialah AS$2 juta (RM8.4 juta).
“Harga sebuah kereta itu ialah masing-masing AS$5,988 (RM25,000) dan AS$7,349 (RM30,682),” kata Dholakia melalui Facebook.
Reuters melaporkan, Perdana Menteri India, Narendra Modi, turut membantu menyerahkan kereta terbabit kepada pekerja syarikat berkenaan.
Modi berucap melalui siaran video ketika majlis penyerahan hadiah di rumah Dholakia di Gujarat selain turut menyerahkan kunci kereta kepada pekerja syarikat terbabit di New Delhi.
Pada 2016, Dholakia menghadiahkan ratusan apartmen kepada pekerjanya sempena Deepavali.
Menurut Dholakia, pemberian hadiah bagi menghargai kakitangan yang setia dalam perniagaan syarikatnya.
Sumber: Harian Metro
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…