fbpx
Now Reading
(Video) Sebahagian Besar Badan Pesawat Lion Air Terhempas Sudah Ditemui Dalam Dasar Laut

(Video) Sebahagian Besar Badan Pesawat Lion Air Terhempas Sudah Ditemui Dalam Dasar Laut

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia memberitahu pihak mereka sudah menjumpai gear mendarat, roda dan badan pesawat Lion Air JT610 terhempas di perairan Kawarang semalam.

Sebahagian pesawat itu dijumpai sehari selepas penemuan kotak hitam milik pesawat terbabit di kedalaman 35 meter paras laut.

Memetik sumber, dengan kotak hitam yang dijumpai, ia mungkin akan mendedahkan punca sebenar pesawat tersebut terhempas Isnin lalu.

Muhammad Syauqi sebagai wakil agensi memberitahu menggunakan strategi berbeza dalam usaha mencari bahagian badan pesawat.  Ia termasuk menggunakan kenderaan dikendalikan dari jarak jauh (ROV).

Penggunaan kapal kren dikatakan akan digunakan bagi operasi mengangkat serpihan gear mendarat hari ini.

Syauqi turut memberitahu, pasukannya tidak menerima isyarat ping dari kokpit perakam suara (CVR) merekodkan perbualan juruterbang dan pembantu.

Sumber: CNN

Sumber: CNN

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.