fbpx
Now Reading
Rasa Tak Selasa Dalam Telinga, Rupanya Ada…

Rasa Tak Selasa Dalam Telinga, Rupanya Ada…

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pesakit wanita di Taiwan yang mengadu sakit telinga terkejut apabila mendapati bahawa seekor lipan sedang ‘mendiami’ lubang telinganya.

Menurut laporan dari portal Dailymail, wanita berusia 52 tahun itu dipercayai membuat pemeriksaan di hospital di Chiayi, barat daya Taiwan beberapa hari lalu selepas berasa tidak selesa pada bahagian dalam telinganya.

Setelah pemeriksaan dilakukan, doktor terkejut apabila mendapati seekor lipan sepanjang 10 sentimeter sedang menjalar pada bahagian dalam telinga wanita tersebut.

Dr Xu Zhengming yang merupakan doktor bertugas pada waktu itu segera mengeluarkan serangga tersebut dengan menggunakan peralatan khas.

Doktor tersebut mengenakan semburan bius pada bahagian dalam telinga wanita itu sebelum berjaya mengeluarkan lipan itu bagi mengelakkan ianya bertindak agresif.

Telinga wanita tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan berikutan tindakan pantasnya mendapatkan rawatan di hospital.

Sumber: Dailymail

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.