Datuk Didakwa Rogol Cucu

Seorang datuk berusia 58 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Khamis atas tuduhan merogol cucunya, Ogos lalu.

Tertuduh yang berasal dari Bachok, Kelantan membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali sebaik sahaja pertuduhan ke atasnya dibacakan.

Dia didakwa merogol cucunya yang berumur sembilan tahun pada Ogos lalu di ruang tamu sebuah rumah di Jaya Gading, di sini.

Bagi kesalahan itu, pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh disebat sekurang-kurangnya 10 kali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh ditangkap pada 2 November lalu selepas ibu kepada mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari tidak menawarkan jaminan dan tertuduh juga tidak mengemukakan sebarang rayuan.

Siti Aminah membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan kes disebut semula pada 19 Dis depan. – BERNAMA

Sumber : mstar

Recent Posts

  • Trending

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…

33 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

18 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

18 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

18 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

19 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

19 hours ago