fbpx
Now Reading
Habit Lelaki Berusia 21 Tahun Makan Buah Tiap Malam Punca Hidap Kencing Manis

Habit Lelaki Berusia 21 Tahun Makan Buah Tiap Malam Punca Hidap Kencing Manis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selalunya selepas seharian bekerja, pasti rasa malas untuk menyediakan makan malam. Ada diantara anda yang mengambil cara mudah dengan hanya makan buah untuk mengenyangkan perut kononnya mahu menggantikan makanan yang seimbang.

Namun lain yang terjadi kepada pemuda berusia 21 tahun ini yang dikenali sebagai Xiao Mai dari Hangzhou, China yang baru saja memasuki alam pekerjaan dan malas untuk makan malam setiap kali pulang dari kerja.

Xiao fikir buah-buahan adalah makanan sihat, jadi dia memutuskan untuk makan buah-buahan sahaja setiap malam dan kebiasaannya itu berlarutan selama sebulan. Xiao selalunya akan makan buah pisang dan tembikai susu untuk menghilangkan rasa lapar.

Bagaimanapun selepas sebulan, Xiao memberitahu dia mula rasa tidak sihat selain mengalami pening-pening, loya, mulut kering dan beberapa simptom lain. Xiao kemudian ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun doktor yang memeriksanya terkejut apabila mendapati bacaan gula darahnya setinggi 79.98 mol/L, dimana 10 kali lebih tinggi daripada bacaan normal.

Doktor juga mendapati darah pemuda itu terlalu berasid dan disahkan menghidap ketoasidosis diabetes. Ia biasanya berlaku pada mereka yang menghidap kencing manis tahap 1. Xiao kemudiannya dibawa ke unit rawatan rapi (ICU) untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil.

Menurut doktor, buah sememangnya sihat tetapi tidak disarankan untuk dimakan bagi menggantikan makanan seimbang. Kata doktor lagi, buah yang dimakan oleh Xiao adalah yang tinggi kandungan gula dan memberi peringatan agar tidak makan buah dengan banyak terlalu kerap.

Kredit : VitDaily

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.