Kenyataan Kerajaan Negeri Berkenaan Amaran Tsunami di Johor

Kerajaan negeri menafikan khabar angin mengenai amaran bencana tsunami yang bakal melanda Johor bulan ini.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, pihaknya tidak menerima sebarang makluman amaran telah dikeluarkan berhubung bencana itu.

“Sehingga kini kita tidak menerima sebarang laporan tentang perkara ini. Jabatan meteorologi negeri juga tidak maklum apa-apa.

“Kalau ada kita mesti cepat maklum, jadi rasanya benda ini (maklumat tular itu) tidak betullah,” katanya pada pemberita semasa hadir Majlis Pemashuran Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, di sini, pada Ahad.

Sahruddin berkata, dakwaan bencana alam itu dilihat tidak rasional apabila melihat kepada kedudukan negeri ini yang terlindung oleh beberapa pulau negara jiran.

“Kalau ikut logik pun macam tidak betul, sebab kedudukan kita sekarang ini terlindung oleh Pulau Jawa dan pulau lain.

“Yang pasti kita sekarang tiada sebarang makluman mengenai perkara ini,” katanya.

Justeru, beliau turut memohon orang ramai untuk tidak mudah percaya khabar angin yang disebarkan melalui medium tidak sah.

Terdahulu, tular satu khabar angin di aplikasi sosial WhatsApp mengenai kejadian tsunami yang bakal melanda Johor dan Singapura.

Difahamkan, berita tidak sah itu turut mengandungi butiran lengkap membabitkan kelajuan dan ketinggian tsunami yang bakal melanda. –Sinar Harian.

 

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

18 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

18 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

18 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

19 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

20 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

21 hours ago