fbpx
Now Reading
Izzue Islam Keluar Forteen Sebab…..

Izzue Islam Keluar Forteen Sebab…..

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini Izzue Islam telah mengundurkan diri daripada kumpulan Forteen.  Isu ini telah terjawab apabila ahlinya, One mendedahkan, perbalahan itu berkaitan dengan isu pertukaran lagu tanpa perbincangan membuatkan penyanyi itu berkecil hati.

“Izzue mempersoalkan perkara itu di depan pihak produksi dan seterusnya beredar, tanpa mahu mendengar penjelasan kami.” One berkata. Kejadian itu berlaku ketika Forteen menjayakan Parti Gegar Vaganza pada 15 November lalu apabila Izzue terkejut lagu yang dipersembahkan tidak seperti yang dirancang.

Gambar: Kosmo

“Izzue mempersoalkan perkara itu di depan pihak produksi dan seterusnya beredar, tanpa mahu mendengar penjelasan kami. Ketika itu, kami memang terasa dengan tindakannya. Tidak sangka pula tiga hari selepas itu, dia membuat pengumuman keluar daripada Forteen,” katanya pada sidang media khas.

Ahad lalu, Izzue telah mengumumkan pengundurannya daripada Forteen pada segmen karpet merah final Gegar Vaganza musim kelima (GV5) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Keputusannya itu bukan hanya mengejutkan peminat, malah menimbulkan persoalan kepada anggota kumpulan itu.

Gambar: Awani

“Perkara ini boleh dibawa berbincang. Saya siap cakap dengan nada yang lembut dan meminta maaf, tetapi dia memberi isyarat tangan tanda menolak.”

“Sedih? Sudah kering air mata saya. Selalunya kalau timbul sesuatu isu, kami akan beri ruang seketika, seterusnya berbincang. Tetapi, kali ini lain pula jadinya.”

“Bagi saya, semua ini berpunca daripada ego dan saya sudah memohon maaf. Terfikir juga, adakah dengan melutut baru dia akan maafkan kami?” soal One.

One juga turut bersedih dan menangis dengan apa yang berlaku kerana mereka sudah tujuh tahun bersama.

Sumber: Berita Harian

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.